Tuesday, 22 May 2012

KORBAN AMALAN MULIA

Korban Amalan Mulia
Pengenalan
Korban: Menyembelih binatang ternakan (al- An’am) yg dilakukan pd Aidil Adha (10 Zulhijjah) @ pd hari- hari Tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah) dgn tujuan beribadat kpd Allah. Al- An’am: Binatang ternakan berkaki empat yg jinak & boleh dimakan termasuk jenis unta, lembu, kerbau, kambing, kibas dan biri-biri. Dilaksanakan: bersempena peristiwa Nabi Ibrahim as. & anaknya Nabi Ismail as.

Dalil (Ayat 2, Surah al- Kausar):
Èe@|Ásù y7În/tÏ9 öptùU$#ur ÇËÈ
2.  Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata- mata & berkorbanlah (menyembelih haiwan korban & mensyukuri nikmat Allah).

Waktu Menyembelih Binatang Korban:
Bermula: Slps naik matahari pd Aidiladha kira- kira slps kadar cukup masa utk solat dua rakaat & dua khutbah yg ringkas. Waktu Afdal: Pd Aidiladha sebelum gelincir matahari. Berakhir : Apabila terbenam matahari pd hari 13 Zulhijjah.

Hukum Berkaitan Korban:    
Sunat Korban:

1. Sunat Muakkad bg org Islam yg mampu.
2. Wajib bg org Islam yg bernazar.
3.Sah berkongsi dikalangan tujuh org bg seekor lembu, kerbau & unta.
4. Tidak sah sebelum solat Aidiladha menurut Ulama as- Syafii.
5. Haram daging korban dimakan org yg bernazar.
6. Haram daging korban diberikan kpd org kafir.  


1.Membaca Bismillah.
2.Selawat ke atas Nabi Muhammad saw.
3.Menghadap binatang ke arah kiblat.

4.Memilih binatang yg gemuk.

5.Meyembelih sendiri bg lelaki.


                                                                           
                               



Enam Syarat Org Yg Ingin Berkorban:
Enam Syarat Sah Korban:

1. Islam. 
2. Merdeka
3. Berakal
4. Baligh
5. Bermukim
6. Berkemampuan


1.Disembelih oleh org Islam
2.Binatang ternakan yg halal dimakan.
3.Hendaklah disembelih dlm waktu korban.
4.Diniatkan korban ketika menyembelih.
5. Binatang yg sudah cukup umur.
6. Binatang yg sihat & tidak cacat.


   
                                                                                                                               

Umur Binatang Yg Dijadikan Korban:

Jenis Binatang Ternakan
Syarat Cukup Umur
1. Biri- biri @ kibas.
1 tahun @ lebih @ berganti gigi.
2. Kambing, sapi, lembu & kerbau.
2 tahun @ lebih.
3. Unta.
5 tahun @ lebih.


Daging Sembelihan Korban: Hendaklah dibahagi- bahagikan kpd org Islam terutama fakir miskin setempat. Sebahagian lagi harus dimakan oleh org yg berkorban & juga boleh diberi kpd org kaya. Sebaik- baik pembahagian daging korban adalah spt berikut: 1/3 : disedekahkan kpd fakir miskin, 1/3: utk org ramai & 1/3: dimakan oleh org yg berkorban.

Dalil (Ayat 28, Surah al- Hajj):
(#rßygô±uŠÏj9 yìÏÿ»oYtB öNßgs9 (#rãà2õtƒur zNó$# «!$# þÎû 5Q$­ƒr& BM»tBqè=÷è¨B 4n?tã $tB Nßgs%yu .`ÏiB ÏpyJÎgt/ ÉO»yè÷RF{$# ( (#qè=ä3sù $pk÷]ÏB (#qßJÏèôÛr&ur }§Í¬!$t6ø9$# uŽÉ)xÿø9$# ÇËÑÈ
28.  Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bg mereka & supaya mereka menyebut nama Allah pd hari yg telah ditentukan atas rezeki yg Allah telah berikan kpd mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian drpdnya & (sebahagian lagi) berikanlah utk dimakan orang-orang yg sengsara & fakir.

Hikmah Korban:
1. Mengingati & menghayati pengorbanan yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim as. & anaknya Nabi Ismail as.
2. Memberi peluang kpd fakir miskin bersama- sama menikmati daging korban.
3. Menimbulkan rasa kesyukuran atas nikmat Allah.
4. Memupuk sifat ikhlas & menambah ketakwaan kpd Allah.
5. Memupuk semangat berkorban utk meninggikan syiar Islam.
6. Memupuk perasaan muhibbah & silaturrahim dikalangan umat Islam.

No comments:

Post a Comment