Tuesday, 22 May 2012

IMAM MALIK RAHIMAHULLAH


IMAM MALIK RAHIMAHULLAH
Riwayat hidup lmam Malik :
Nama: Malik b. Anas b. Malik b. Amar al-Haris. Lahir: di Madinah 93H bersamaan 713M. Datuknya: yg pertama Malik b. Amar adalah golongan ulamak tabiin yg terkemuka. Moyangnya: iaitu Amar seorg sahabat yg terkemuka & pernah berperang bersama-sama dgn Nabi Muhammad s.a.w. kecuali dlm peperangan Badar. Pendedahan: sejak kecil telah didik menghormati ibu bapa, org dewasa & guru. Tubuh badan: berbadan tegap, kuat serta suka berpakaian cantik & bersih. Meninggal dunia: 179H; 798M ketika berumur 86 tahun. Dikebumikan di perkuburan Baqi’.

Sifat peribadi lmam Malik :
1. Mpunyai pandangan yang bernas. 2. Mpunyai pendirian yg teguh, bijaksana, cerdas & kuat ingatan. 3. Berbudi bahasa, lemah- lembut, suka menziarahi orang sakit & mengiringi jenazah.  4. Beliau banyak membantu orang yg memerlukan hajat. 5. Tidak suka mencela org lain. 6. Tawadduk & tidak pernah menunggang kuda kerana menghormati bumi yg di dlmnya terdpt jasad Rasulullah s.a.w.

Pendidikan lmam Malik:
1. Seorg yg byk mendampingi ulamak Madinah sejak kecil. 2. Ingatannya sgt kuat sehingga dpt menghafaz al- Quran & hadis sejak kecil. 3. Beliau seorg imam dlm ilmu hadis dan riwayat beliau amat dipercayai. 4. Beliau tekun mencari ilmu sehingga berjaya mencapai tahap keilmuan yg tinggi. 5. Beliau mempelajari pelbagai bidang ilmu seperti Hadis, feqah, & lain- lain drpd beberapa guru. 6. Menurut ahli sejarah, beliau telah berguru dengan 900 orang guru yg terdiri drpd kalangan tabiin & tabi’ al-tabiin. 7. Guru yg pertama ialah lmam Abd Rahman bin Hamzah (seorg ulama besar di Madinah ketika itu) 8. Beliau pernah mempelajari ilmu Hadis daripada ibnu Syahab al- Zahri 9. Mempelajari ilmu Ar- Rakyu drpd Rabi'ah bin Abd Rahman yg dikenali sbg Rabiatul Rakyi.

Sebab yang mendorong lmam Malik menyumbang hasil pemikiran dan tamadun ilmu pengetahuan :
1. Utk melindungi hadis drpd pemalsuan 2. Kesedaran tugas dakwah adalah kewajiban yg dituntut dan semangat jihad. 3. Perkembangan pendidikan & penulisan serta penterjemahan. 4. Galakan khalifah 5. Kebolehan beliau dalam pelbagai bidang ilmu seperti Hadis, feqah, dan lain-lain.

Keistimewaan kitab Al-Muwatta':
1. Mengandungi hadis-hadis hukum yang dikumpul oleh lmam Malik serta pendapat para sahabat ulamak- ulamak tabiin.
2. Kitab ini lengkap dengan pelbagai masalah agama termasuklah ilmu hadis, ilmu fikh dsb.
3. Kesemua hadis yang terkandung dalam kitab ini adalah hadis sahih kerana lmam Malik sangat tegas dalam penerimaan suatu hadis yang tertentu. Beliau sangat berhati-hati ketika menapis, mengasingkan dan membahas serta menolak riwayat yg meragukan.
4. Kitab Al-Muwatta' menjadi sumber rujukan terutama dalam kajian yang berkaitan dengan ilmu tafsir, hadis dan fekah.
5. Ada ulamak meletakkan Kitab Al- Muwatta' sebagai sumber rujukan utama selepas al-Quran dan Al-Hadis.
6. Aliran pemikiran dalam kitab Al-Muwatta' telah melahirkan mazhab Maliki.

Sumbangan lmam Malik dalam bidang hadis dan fekah :
1. Melalui Kitab Al-Muwatta' menjadi sumber rujukan terutama dlm kajian yg berkaitan dgn ilmu tafsir, hadis & fekah.
2. Aliran fikiran drpd Kitab Al-Muwatta' telah melahirkan aliran mazhab Maliki.
3. Kitab Al-Muawatta' telah menjadi sumber rujukan utama sehingga ada ulamak meletakkan kitab tersebut sebagai sumber rujukan utama selepas al-Quran & Hadis.
4. Aliran fikiran mazhab Maliki tersebar luas di beberapa buah negara spt Maghribi, Andalus, Algeria, Tunisia, Libya, Sudan, Bahrin , Kuwait, Mesir dll.

Penghormatan lmam Malik kepada hadis :
1. Beliau dianggap sebagai tokoh terkemuka dalam ilmu hadis & ilmu fekah.
2. Kebanyakan ulamak hadis mengaku bahawa hadis-hadis yang paling sahih adalah hadis yang diriwayat oleh imam Malik.
3. Apabila beliau ditanya berhubung dengan ilmu fekah beliau terus keluar biliknya serta memberi fatwa atau jawapan.
4. Bila ditanya soalan berhubung dengan hadis beliau tidak terus keluar sehingga beliau mandi & memakai pakaian yang bersih, bau-bauan dan serban. Beliau melakukan sedemikian semata- mata bertujuan menghormati dan membesarkan hadis Rasululullah s.a'w.
5. lmam Malik berpegang teguh dengan hadis Rasulullah s.a.w. Beliau berpendapat bahawa hadis-hadis adalah petunjuk dan penyuluh kepada seluruh umat manusia.
6. Dlm majlis ilmu beliau selalu menunjukkan kepada makam Rasulullah saw serta berkata bhw sesiapa yg mengambil @ meninggalkan perkataannya, kesemuanya adalah pemilik kpd makam ini.

Nasihat lmam Malik: Jangan belajar ilmu dgn 4 golongan manusia. 1. Org Yang buruk akhlak, menurut hawa nafsu, mendustakan hadis dan suka beramal dengan fadhail sedangkan tidak berilmu.

Prinsip lmam Malik:
Org yg ingin belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yg dtg mencarinya.

lmam As-syafie memuji lmam Malik: Tidak ada di muka bumi ini (zaman ini) sebuah kitab yg paling tepat selain kitab Al-Muwatta'.

Ketegasan lmam Malik:
1. Menentang pendapat gabenor yg bertentangan dgn fatwanya.
2. Sanggup dipukul kerana mempertahankan lslam.
3. Berani menegur Khalifah Abu Jaafar al- Mansur yg meninggikan suara ketika bermuzakarah dlm majlis ilmu.
4. Berpegang dgn prinsip murid mencari guru & tidak mengira kedudukan.
5. Menolak utk dijadikan kitab "Al- Muwatta' sbg sumber rasmi perundangan negara.

Keistimewaan lmam Malik :
1. Kuat beribadat & kebiasaannya mengerjakan solat sunat, berzikir & membaca al-Quran ditengah mlm.
2. Menghafaz al-Quran sejak kecil.
3. Menjadi guru ketika usia 17 tahun.
4. Berani memberi fatwa walaupun di hadapan seorg gabenor & musuh lslam.

lmam Malik sebagai seorang guru:
1. Seorg guru yg mempunyai tahap keilmuan yg tiada tandingnnya pd waktu itu.
2. Mula menjadi guru pada usia 17 tahun.
3. Seorg guru yg berkebolehan menyampaikan ilmu.
4. Gurunya sendiri menghadiri majlis ilmu lmam Malik
5. Majlis ilmunya dilakukan di masjid.
6. Sanggup bersusah payah utk memberi kefahaman kpd muridnya
7. Beliau berjaga mlm utk mencari jawapan bg masalah-masalah yg dikemukakan.

No comments:

Post a Comment