Tuesday, 22 May 2012

ADAB MENZIARAHI JENAZAH




ADAB MENZIARAHI JENAZAH

Kepentingan Menziarahi Jenazah
1. Ziarah tidak terhad ketika sihat bahkan dituntut ketika sakit apatah lagi ketika berlaku kematian.
2. Menziarahi jenazah adalah sebahagian tuntutan syarak.
3. Kita perlu memenuhi tuntutan tersebut dgn mematuhi adab agar kita beroleh hikmah.

Drpd al- Burak b. ‘Azib; telah diredhai oleh Allah akan keduanya, berkata:
“Rasulullah saw memerintahkan kpd kami utk menziarahi org sakit, mengiringi jenazah ke kubur, mendoakan org bersin, memberikan sumpah, menolong org yg teranaiya, memenuhi undangan & membalas salam”.

Adab Menziarahi Jenazah
1. Berdoa supaya jenazah mendpt keampunan Allah.
2. Menunaikan solat jenazah.
3. Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dlm urusan pengkebumian.
4. Melahirkan perasaan dukacita kpd keluarga jenazah.
5. Mengucapkan kata-kata yg boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah.
6. Mengingatkan keluarga ienazah supaya bersabar di atas ujian Allah.
7. Mengucapkan takziah kpd keluarga jenazah dgn tidak melebihi tiga hari.
8. Disunatkan membanyakkan membaca al- Quran & berdoa sebelum jenazah dikebumikan.



Perkara Yg Dilarang Ketika Menziarahi Jenazah
1. Merasa kesal terhadap kematian sprt meratap @ meraung.
2. Membebankan keluarga jenazah dgn permintaan yg mereka tidak mampu.
3. Membuat perkara yg menyinggung perasaan keluarga jenazah spt mengumpat jenazah @ bergurau senda.
4. Tidak redha dengan takdir Allah.

Hikmah Menziarahi Jenazah
1. Dpt mengeratkan sillaturahim dgn keluarga jenazah
2. Mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah yg kehilangan ahlinya
3. Memberi keinsafan bahawa kematian adalah sebahagian daripada qada’ Allah yg perlu diterima oleh semua makhluknya.
4. Dapat menunaikan hak sbg seorg muslim ke atas muslim yg lain.

Pengukuhan
1. Meratap adalah meraung- raung sambil melakukan perkara- perkara yg menyeksa spt memukul diri sendir, merobek- robek baju yg dipakai @ menghantuk kepala ke dinding..
2. Sabda Rasulullah saw bermaksud “Mayat itu disiksa didlm kuburnya kerana dia diratapi”.
3. Hukum: Haram meratap ke atas mayat & perbuatan ini menyeksa diri mayat didlm kubur.
4. Rasulullah saw sendiri menziarahi menziarahi shbt yg mati spt Abu Salmah & telah menutup matanya yg terbuka serta berpesan kpd para shbt yg hadir spy tidak bercakap melainkan yg baik.

Penghayatan
1. Sentiasa mengingati mati utk menginsafkan diri.
2. Sabar & redha dgn ketentuan Allah.
3. Amalkan doa kpd semua muslim yg hidup & yg telah mati.
4. Menunaikan solat jenazah sbg hak seorg Muslim & penghormatan terakhir.
5. Apabila mendengar berita kematian hendaklah berkata:
$¯RÎ) ¬! !$¯RÎ)ur Ïmøs9Î) tbqãèÅ_ºu

Ertinya: Sesungguhnya kami adalah milik Allah & kpd-Nya-lah kami kembali.
Kalimat ini dinamakan kalimat istirjaa (pernyataan kembali kpd Allah). Disunatkan menyebutnya waktu ditimpa marabahaya baik besar mahupun kecil.

No comments:

Post a Comment