Tuesday, 22 May 2012

Akikah


Akikah

Penyembelihan binatang ternakan (al- an’am) yg dilakukan ketika mencukur rambut bayi yg baru dilahirkan sbg tanda kesyukuran kpd Allah swt.

Rasulullah saw menerangkan dgn sabda baginda:










Terjemahan: Drpd Samarah bin Jundubi telah diredhai oleh Allah kpdnya, meriwayatkan drpd Rasulullah saw bersabda: Setiap anak menjadi gadaian sehingga disembelih akikahnya pd hari ketujuh kelahirannya, dicukur rambut & diberi nama.

Hukum:
1. Sunat Muakkad ke atas ibu bapa.
2. Wajib jika bernazar.
3. Afdhal pd hari ketujuh kelahiran.
4. Boleh dikemudiankan asalkan sebelum baligh. 5. Jika belum,boleh melakukan utk dirinya sendiri.

Rasulullah saw & para shbt memerintah melakukan ibadah akikah berdasarkan hadis:











Terjemahan: Drpd Habibah binti Maisarah telah diredhai oleh Allah kpdnya, berkata: Pernah aku dengar Rasulullah saw bersabda: Utk anak lelaki dua ekor kambing yg sama besar & utk anak perempuan seekor.
Syarat Sah Akikah
1. Berniat akikah ketika menyembelih.
2. Meyembelih dua ekor kambing sama besar bg setiap anak lelaki & seekor kambing bg setiap anak ppuan.
3. Menyembelih binatang ternakan yg halal.
4. Menyembelih binatang yg tidak cacat.
5. Menyembelih binatang yg cukup umur.
6. Memenuhi syarat- syarat sembelihan.

Daging Akikah:
1. Tidak wajib disedekahkan kpd fakir miskin.
2. Sunat dimasak manis.
3. Sunat dibuat jamuan.
4. Sunat tidak mematahkan tulang- tulang daging yg dipotong- potong seberapa yg boleh.
5. Harus dijual.

Sunat Akikah :
1. Membaca doa ketika hendak menyembelih.
2. Menyembelih ketika matahari sedang naik.
3. Daging dimasak manis & dibuat jamuan.
4. Tidak mematahkan- matahkan tulang binatang akikah.
5. Mencukur rambut bayi slps peyembelihan binatang akikah.
6. Dilakukan pd hari ketujuh slps kelahiran.

Hikmat Akikah :
1. Tanda kesyukuran kpd Allah kerana mendapat zuriat.
2. Menghebahkan kpd anggota mskt ttg anugerah yg dikurniakan oleh Allah.
3. Mengeratkan silaturrahim diantara keluarga bayi dgn jiran- jiran & mskt setempat.
4. Menggalakkan amalan sedekah bg ibu bapa yg mendapat cahaya mata.
5. Mendekatkan bayi yg baru lahir dgn penghayatan Islam.

Penghayatan:
1. Anak adalah anugerah Allah yg mesti disayangi & dididik dgn ajaran Islam.
2. Menjiwai semangat akikah & berazam melakukan dgn sempurna.
3. Disunatkan azan ditelinga kanan & iqamat ditelinga kiri bayi yg baru dilahirkan samada lelaki @ perempuan.
4. Berusaha mendidik anak spy menjadi anak soleh & solehah.
5. Sentiasa membaca asma ul- husna.

No comments:

Post a Comment